Mahkamah kekalkan pembatalan penukaran agama Islam dua kanak-kanak

Mahkamah kekalkan pembatalan penukaran agama Islam dua kanak-kanak

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah tinggi yang membatalkan penukaran agama Islam dua kanak-kanak yang terbabit dalam perebutan antara bapa mereka yang beragama Buddha dan ibu yang memeluk Islam.

Panel tiga hakim, yang dipengerusikan oleh hakim Mahkamah Rayuan Kamaludin Md Said Nordin, sebulat suara menolak rayuan ibu dan Pendaftar Muallaf Wilayah Persekutuan.

Peguam bapanya, Honey Tan mengesahkan keputusan pendengaran rayuan hari ini. Panel hakim lain yang bersidang sama hari ini ialah hakim Mahkamah Rayuan S Nantha Balan dan Nordin Hassan.

“Dua rayuan itu ditolak. Jadi anak-anak kekal beragama Buddha

“CoA (Mahkamah Rayuan) pada asasnya berpendapat bahawa mereka terikat dengan keputusan FC (Mahkamah Persekutuan) dalam kes M Indira Gandhi, iaitu kedua-dua ibu bapa mesti bersetuju sebelum anak-anak boleh memeluk agama Islam,” kata Tan.

Tan merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan 2018 yang menyebut bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk menukar agama anak-anak dalam kes guru tadika Indira Gandhi lawan bekas suaminya, serta mualaf Muhammad Riduan Abdullah. Mk

Mahkamah kekalkan pembatalan penukaran agama Islam dua kanak-kanak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker