Bomoh dituduh rogol pesakit

Bomoh dituduh rogol pesakit

PASIR MAS: Seorang bomoh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol wanita berusia 23 tahun yang mendapatkan khidmat rawatan daripadanya, dua minggu lalu.

Jusoh Jaafar, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozaidi Yaacob.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa merogol terbabit yang mana kerelaan mangsa didapati dengan tertuduh menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik sebuah rumah di Kampung Perangkap, Bunut Susu, di sini pada jam 3 petang, 14 Oktober 2021.

Jusoh dituduh mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2) Kanun sama. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam, Nur Fatin Syahirah Abu Hasan.

Mahkamah menetapkan esok sebagai sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen. BH

Bomoh dituduh rogol pesakit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker