Logo PN di PRN Melaka? Perlu rujuk badan pemutus parti dahulu – Zuhdi

Logo PN di PRN Melaka? Perlu rujuk badan pemutus parti dahulu – Zuhdi

Keputusan untuk parti-parti komponen menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, haruslah dirujuk dahulu kepada badan pemutus dalam PAS dan parti masing-masing, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki.

“Saya menyarankan supaya keputusan tersebut hendaklah dikembalikan kepada parti masing-masing untuk parti-parti tersebut membuat keputusan bersetuju atau tidak dengan apa yang Mesyuarat PN telah putuskan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ini ekoran PN telah membuat keputusan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi PN kelmarin – yang dihadiri semua parti komponen termasuk PAS – untuk menghadapai PRN Melaka menggunakan lambang PN.

Kata Zuhdi, hal itu bukan sahaja perlu dikembalikan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan pemutus, tetapi juga perlu dibincangkan hukumnya oleh Majlis Syura Ulama (MSU).

Lebih-lebih lagi, katanya, penggunaan lambang PAS dalam pilihan raya ada termaktub dalam perlembagaan PAS di bawah Fasal 81.

“Jelas berdasarkan fasal tersebut, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merupakan badan pemutus bagi pihak PAS berkaitan dengan penggunaan lambang dalam pilihanraya, justeru keputusan Mesyuarat PN perlu dikembali kepada PAS sebelum ia dimuktamadkan.

“Lebih daripada itu pada pemerhatian saya, penggunaan lambang dalam pilihan raya adalah berkaitan perkara prinsip dalam PAS yang perlu dibincangkan hukumnya oleh MSU, disebabkan ia berkaitan dengan amal Islami yang dilakukan oleh ahli-ahli parti,” katanya lagi.

Hal itu, jelas Zuhdi, pernah ditimbulkan kira-kira 10 tahun lalu, apabila komponen Pakatan Rakyat (PR) – termasuk PAS – bersetuju untuk menggunakan lambang PR dalam PRU, seorang ahli PAS menyarankan agar hal itu dikembalikan kepada MSU.

Hal itu, kata ahli tersebut, memandangkan pilihan raya tidak terpisah daripada bebanan taklif yang ada justifikasi dosa dan pahalanya.

Fasal 18 dalam Perlembangan PAS, menurut Zuhdi, berbunyi:

“Adapun Lambang atau Simbol PAS untuk pilihan raya ialah bulatan putih dengan berlatar belakang warna hijau, dan dalam keadaan tertentu latar belakang boleh juga digunakan warna hitam dengan memakai ukuran 3 X 4 iaitu 3 lintang dan 4 bujur, atau apa-apa simbol yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan serta Suruhanjaya Pilihanraya.”

Jelas Zuhdi lagi, mekanisme sama jaga turut diamalkan oleh Muafakat Nasional (MN), apabila semua keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN harus dikembalikan kepada parti masing-masing untuk dibuat keputusan selanjutnya.

PRN Melaka dijadualkan berlangsung 20 November depan.

Dilaporkan bahwa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN kelmarin, Bersatu, PAS dan Gerakan juga sepakat menawarkan calon dalam PRN Melaka. Mk

Logo PN di PRN Melaka? Perlu rujuk badan pemutus parti dahulu – Zuhdi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker