Anak Soekarno beri alasan pulang ke agama nenek moyang

Anak Soekarna beri alasan pulang ke agama nenek moyang

JAKARTA – Anak perempuan presiden pertama Indonesia, Presiden Sukarno yang secara rasminya telah menukar agama daripada Islam kepada Hindu telah memberikan alasan dia berbuat begitu, lapor laman berita Detik.

Menurut Diah Mutiara Sukmawati Soekarnoputri, dia berbuat begitu kerana berasa tekad dengan keputusannya selain mahu kembali kepada agama asal nenek moyangnya.



Seperti diketahui umum, nenek kepada Sukmawati atau ibu kepada presiden Sukarno iaitu Ida Ayu Nyoman Rai Srimben merupakan penganut Hindu yang berasal dari Bali.

Malah, Sukmawati turut memaklumkan bahawa proses yang dilalui untuk menukar agama kepada agama Hindu adalah satu proses yang panjang dan dia telah menjalaninya selama berpuluh-puluh tahun.

“Jika dikira, saya sudah menjalani proses yang panjang iaitu lebih kurang 66 tahun sebelum memutuskan untuk kembali menganut agama asal nenek moyang saya,” kata Sukmawati.

Wanita itu juga mendedahkan dia seronok mempelajari agama Hindu dan selepas mempelajari cara penganut Hindu beribadah dan merasakan ia lebih ‘meresap’ ke dalam jiwanya.



“Saya seronok belajar beberapa agama dan cara penganutnya beribadah.

“Saya mahu tahu cara penganut Hindu beribadah di Bali dan ternyata ia boleh meresap ke dalam jiwa saya,” katanya.

Sukmawati semalam menjalani upacara menukar agama yang berlangsung di Buleleng, Bali bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-70. K Online

Anak Soekarna beri alasan pulang ke agama nenek moyang




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker