Bajet2022: Golongan M40 harap ‘durian runtuh’

Bajet2022: Golongan M40 harap ‘durian runtuh’

Bajet 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini membawa harapan buat jutaan rakyat yang ingin melihat bagaimana kerajaan dapat membantu kehidupan mereka untuk bangkit kesan pandemik Covid-19.

Paling dinantikan pastinya bantuan segera kepada individu-individu terjejas terutama golo­ngan berpendapatan pertenga­han atau M40 yang dianggap sering ‘tersisih’ daripada mendapat bantuan kerajaan.



Berdasarkan tinjauan Kosmo!, rata-rata golongan M40 berharap pengumuman Bajet 2022 akan memberi ‘durian runtuh’ yang lebih segar kepada mereka tanpa mengira kaum atau status pendapatan semasa.

Menurut seorang pekerja swasta, Borhan Hashimee, 34, dia berharap kerajaan dapat membentangkan belanjawan yang memberi manfaat menyeluruh dan melaksanakan pengecua­lian cukai tambahan kepada rakyat.

“Saya berharap sangat bajet kali ini akan menghadirkan beri­ta gembira bagi golongan M40 ke­rana kami merupakan kumpulan masyarakat yang turut terjejas.

“Besar juga harapan saya agar kerajaan melakukan penge­cualian cukai tambahan atau mengenakan cukai yang lebih berpatutan untuk memulihkan ekonomi bagi setiap individu di sini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.



Selain itu, harapan turut di­suarakan peniaga-peniaga daripada golongan M40 yang mengharapkan sesuatu daripada kerajaan bagi membantu mereka bangkit daripada pandemik.

Mohamad Afis Azim, 29, berkata, kerajaan mungkin boleh memperbanyakkan bantuan geran atau pakej untuk membantu para usahawan bangkit selepas terkesan teruk sepanjang pan­demik Covid-19.

“Contoh seperti geran bantuan bernilai RM10,000 atau seumpamanya, kerana ini secara tidak langsung dapat memberi sedikit lonjakkan waktu untuk peniaga-peniaga kembali pulih seperti biasa dengan baiknya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapati, ramai rakyat memohon agar kerajaan membenarkan pengeluaran secara one-off sebanyak RM10,000 daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).



Seorang pengguna @Putra Izat berkata, dia merayu agar kerajaan meluluskan pengeluaran secara one-off demi memberi nafas kepada perniagaannya yang hampir tutup akibat terkesan dengan Covid-19.

“Saya merayu sangat-sangat kerajaan luluskan RM10,000 untuk keluar daripada KWSP, bisnes saya dah nak tutup, itu saja duit yang saya ada untuk bayar gaji pekerja,” ujarnya.

Sementara itu, @Muhammad Harith berkata, dia berharap Perdana Menteri meluluskan pengeluaran KWSP secara one-off sebanyak RM10,000 untuk membayar segala hutang-hutang yang tertunggak selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu. K Online

Bajet2022: Golongan M40 harap ‘durian runtuh’




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker