Pengarah Urusan MAHB baharu digesa pertahan Lapangan Terbang Subang

Pengarah Urusan MAHB baharu digesa pertahan Lapangan Terbang Subang

Seorang Ahli Parlimen menegaskan bahawa Lapangan Terbang Subang mesti dipertahankan daripada sebarang usaha pengambilalihan sambil menggesa pengarah urusan pengendali lapangan terbang utama Malaysia yang baharu dilantik supaya dapat mengutamakan kepentingan negara.

Syed Ibrahim Syed Noh dari PKR yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata: “Saya menggesa supaya pengarah urusan baharu itu dapat bekerja demi kepentingan negara, pemegang taruh syarikat, kakitangan dan rakyat.

“Letakkan kedudukan Malaysia di mata dunia sebagai hub penerbangan global tetapi pastikan ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik.

Bekas Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Iskandar Mizal Mahmood dilantik sebagai Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang baharu.

Pengumuman itu dibuat ketika timbul beberapa laporan bahawa pemegang taruh utama MAHB dalam perancangan untuk menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Mohd Shukrie Mohd Salleh walaupun lembaga pengarah mengakui prestasinya yang cemerlang.

Mohd Shukrie meletakkan jawatan beberapa jam selepas pelantikan Iskandar diumumkan.

Sebelum ini satu laporan berkaitan telah menghidupkan semula kebimbangan pengambilalihan lapangan terbang Subang yang sangat menguntungkan oleh sebuah syarikat swasta dan ia dibantah keras oleh Mohd Shukrie.

Syed Ibrahim berkata, seperti juga Mohd Shukrie, Iskandar harus mempertahankan lapangan terbang terbabit daripada diambil alih oleh pihak ketiga.

WCT Holdings Bhd, yang diberi konsesi untuk mengendalikan operasi di Lapangan Terbang Subang menerusi anak syarikatnya Subang SkyPark sebelum ini dilaporkan mahu membeli dan mengoperasikan lapangan terbang terbabit sehingga 2092.

Bagaimanapun WCT berkata, cadangan yang dihantar kepada kerajaan adalah untuk konsesi semula, bukan rancangan pengambilalihan lapangan terbang itu yang sebelum ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Pakar pengangkutan dan ahli politik juga tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Kebimbangan dalam MAHB terhadap Lapangan Terbang Subang adalah kerana ia adalah komponen utama dalam rangkaian lapangan terbangnya.

Daripada 39 lapangan terbang di bawah rangkaian MAHB, lapan termasuk Lapangan Terbang Subang menjana keuntungan kepada mereka.

Berdasarkan perjanjian operasi 2009 antara MAHB dan Putrajaya, kerajaan boleh menamatkan konsesi untuk mengoperasikan KLIA dan lapangan terbang yang ditetapkan, termasuk di Subang atas alasan untuk menjaga kepentingan negara atau keselamatan.

Sekiranya ia berlaku, kerajaan perlu membayar sejumlah pampasan kepada MAHB yang nilainya akan ditentukan oleh penilai bebas dilantik oleh kerajaan dan MAHB. FMT

Pengarah Urusan MAHB baharu digesa pertahan Lapangan Terbang Subang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker