Minta dipenjara tidak tahan hidup bersama isteri

Minta dipenjara tidak tahan hidup bersama isteri

ROM, ITALI – Seorang lelaki yang tidak tahan untuk terus hidup sebumbung bersama isterinya bertindak menyerah diri di balai polis dan meminta untuk dipenjarakan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih ‘tenang’, lapor laman berita Wionews semalam.

Lelaki warganegara Albania berusia 30 tahun itu sebelum ini telah diarahkan menjalani hukuman di rumahnya atas kesalahan jenayah berkaitan dadah sejak beberapa bulan lepas.

“Dia tinggal di sebuah rumah bersama isteri dan keluarganya. Kehidupan mereka dibelenggu banyak masalah dan dia sudah tidak mampu lagi bersabar dengan kemelut rumah tangganya.

“Lelaki itu juga berkata bahawa kehidupannya bagaikan neraka dan dia ingin dimasukkan ke penjara kerana sudah tidak tahan (tinggal di rumah).

“Disebabkan itu, lelaki tersebut memilih untuk melarikan diri dari rumah dan secara sukarela menyerah diri kepada polis Carabinieri untuk menjalani hukuman penjara, ” kata seorang pegawai polis Carabinieri dari Tivoli, Kapten Francesco Giacomo Ferrante.

Permintaan lelaki itu akhirnya dipenuhi apabila dia didakwa atas kesalahan melanggar peraturan tahanan rumah.

Pihak berkuasa kehakiman turut mengarahkan polis tempatan untuk memindahkannya ke penjara jenayah dadah, sekali gus ‘membebaskan’ lelaki itu daripada belenggu isterinya. K Online

Minta dipenjara tidak tahan hidup bersama isteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker