Conte dikaitkan ganti Solskjaer

Conte dikaitkan ganti Solskjaer

LONDON: Berdasarkan beberapa laporan, Antonio Conte dikatakan terbuka untuk menjadi pengurus baharu Manchester United.

Namun, pengendali itu mahukan jaminan dia memiliki kuasa penuh mengenai perpindahan pemain sebelum menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.



Pengurus dari Norway itu berdepan tekanan dengan ‘kerusi panas’ di Old Trafford itu selepas anak buahnya dimalukan 5-0 oleh Liverpool semalam.

Masa depannya terus menjadi spekulasi dengan Manchester Evening News mendakwa Conte berminat untuk mengisi jawatan terbabit.

Namun laporan itu turut menyebut pengendali dari Itali itu mahukan kepastian mengenai arah tuju pasukan, perancangan untuk membuat keputusan serta isu kepemimpinan.

Bekas bos Chelsea itu juga dikatakan tidak mahu tunduk kepada hierarki kelab membabitkan pemain yang boleh ‘dipasarkan’.



Conte ketika ini sedang ‘mengganggur’ susulan meninggakan Inter Milan hanya beberapa hari selepas pasukan itu bergelar juara Serie A.

Dia juga sudah pun menolak untuk menjadi pengurus Newcastle sebelum Steve Bruce dipecat minggu lalu. BH

Conte dikaitkan ganti Solskjaer


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker