Tuntut naik gaji kufur nikmat terbesar, Cassa bidas Cuepacs

Tuntut naik gaji kufur nikmat terbesar, Cassa bidas Cuepacs

Tindakan penjawat awam yang mengugut untuk berpiket jika tuntutan kenaikan gaji tidak ditunaikan, dianggap sebagai satu kekufuran yang besar, kata Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) Jacob George.

Beliau berkata, ancaman yang dibuat oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) itu juga dilihat sebagai satu pengkhianatan.



“Mereka lupa bahawa rakyat Malaysia biasa mahupun sektor swasta terjejas dari segi kewangan ketika penutupan ekonomi akibat pandemik Covid-19. Manakala penjawat awam pula menikmati faedah, gaji dan juga bonus mereka,” katanya.

Cuepacs sebelum ini menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan piket.

Presidennya Adnan Mat berkata, gesaan itu susulan tiada tindakan daripada Putrajaya walaupun pihaknya sudah beberapa kali mencadangkan gaji kakitangan awam Gred 19 dinaikkan kepada Gred 29.

Sebelum itu, mereka menggesa kerajaan meluluskan cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menghadapi kenaikan harga barang dan kos sara hidup, sambil menambah struktur gaji itu sudah dilaksanakan sejak 2002 dan tidak dikaji semula selaras zaman semasa.



Cadangan lain termasuk pelaksanaan gaji minimum RM1,800 untuk kakitangan awam; dua kenaikan setiap tahun; sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil dan saksama; elaun pelbagai tugas; elaun batik dan pakaian kebangsaan; pengisian kekosongan jawatan pembantu tadbir dengan segera; pemansuhan langkah melupuskan jawatan yang tidak isi selama dua tahun sebagai langkah penjimatan kos; dan penamaan semula jawatan pembantu tadbir kepada pegawai perkeranian seperti sebelum itu. FMT

Tuntut naik gaji kufur nikmat terbesar, Cassa bidas Cuepacs


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker