Pemilihan Timbalan Speaker ditangguh lagi ke sesi akan datang

Pemilihan Timbalan Speaker ditangguh lagi ke sesi akan datang

Dewan Rakyat sekali lagi sebulat suara meluluskan usul menangguhkan pemilihan Timbalan Speaker ke sesi persidangan akan datang.

Usul itu dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ia turut disokong Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

“Menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) dengan persetujuan Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk menghentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6, iaitu bagi menangguhkan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti Perkara 2 yang tertera dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul hari ini ke mesyuarat akan datang,” katanya.

Pemilihan Timbalan Speaker sepatutnya dibentang di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang bermula hari ini.

Pada 14 Sept lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul menangguhkan pemilihan Timbalan Speaker.

Penangguhan itu bagi pindaan dibuat terhadap Perkara 57 (1)(b) Perlembagaan bagi menambah seorang lagi Timbalan Speaker kepada tiga orang, dengan salah seorang daripadanya turut diisi oleh wakil pembangkang. FMT

Pemilihan Timbalan Speaker ditangguh lagi ke sesi akan datang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker