Jual nasi lemak, makanan atas air

Sebaran :

Jual nasi lemak, makanan atas air

KOTA BHARU – Pasar terapung atau floating market yang popular di Pulau Suri, Tumpat dan Lembangan Sungai Pengkalan Datu sejak dua tahun lalu, kini turut dibuka di Min House Camp di sini.

Menariknya, urus niaga antara pembeli dengan peniaga dibuat di atas Denai Sungai Pengkalan Datu iaitu denai kayu dibina menyusuri sungai sepanjang satu kilometer.

Pengurus Min House Camp, Nur Muhammad Muhamad Zanini berkata, pasar tersebut dibuka pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dan masih lagi di peringkat percubaan dengan pembabitan seramai 22 peniaga.



Menurutnya, ketika mula dibuka kelmarin, lokasi sekitar pasar terapung itu meriah dengan kehadiran hampir 500 pe­ngunjung.

“Setakat ini, ada 22 peniaga sudah mendaftar untuk berniaga di atas bot milik syarikat Abam Peah & Marketing. Mereka berniaga makanan tradisi, kuih-muih, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan kraf tangan.

“Pasar terapung ini akan dibuka dua hari dalam seminggu melibatkan sesi pagi dan petang. Sesi pagi bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari, manakala sesi petang bermula pukul 4 hingga 7 petang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini kelmarin.

Menurut Nur Muhammad, pembukaan pasar terapung itu diharap dapat merancakkan sektor pelancongan domestik di negeri ini di samping membantu peniaga yang terdiri daripada golongan asnaf dan B40 menjana pendapatan tambahan.



“Kesemua peniaga tersebut diberi keistimewaan kerana mereka tidak perlu mengeluarkan modal sewa bot atau sewa tapak kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan Min House Camp,” katanya.

Sementara itu, salah seorang peniaga, Azlin Ali, 43, yang sebelum ini mencari rezeki di pasar malam mengakui teruja dapat berniaga nasi lemak dan laksa utara di pasar terapung buat pertama kali.

“Kami berterima kasih kepada Min House Camp kerana memberikan peluang kepada kami berniaga di sini selama dua hari seminggu. Baki lima hari lagi, saya dan suami akan berniaga di pasar malam seperti biasa,” katanya. K Online

Jual nasi lemak, makanan atas air




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat


Sebaran :

Leave a Reply