Tiada gesaan percepat pemilihan parti – Tok Mat

Tiada gesaan percepat pemilihan parti – Tok Mat

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan satu indikator bagi pelaksanaan pemilihan Umno malah tiada gesaan untuk mempercepatkan pemilihan parti itu.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, parti memberi kuasa kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk menentukan tarikh mesyuarat termasuklah Perhimpunan Agung dan Pemilihan Umno.



“Bila tarikhnya nanti adalah bergantung pada keadaan. Tidak dapat untuk kita katakan sama ada pemilihan Umno akan dilakukan sebelum atau selepas PRU15 kerana kita juga tidak tahu bila pilihan raya.

“Parti telahpun meminta pandangan daripada agensi kerajaan tentang sama ada kita dapat mengadakan pemilihan atau pun tidak, namun nasihat daripada agensi Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM) ada dua iaitu boleh buat pemilihan tetapi haruslah mematuhi SOP.

“Yang keduanya, dibuat secara maya. Jadi dalam tahun pemilihan, kalau hendak dibuat secara maya, itu agak susah dan kita juga tidak boleh mengarahkan ahli untuk tidak hadir, cukup setakat satu per empat korum sahaja,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Sebelum ini, pimpinan dan ahli Umno di peringkat akar umbi dilaporkan tidak menolak keputusan di peringkat MKT untuk mengadakan pemilihan lebih awal daripada penangguhan yang diputuskan selama 18 bulan sejak Jun lalu.



Pemilihan peringkat cawangan, bahagian dan MKT yang sepatutnya diadakan pada Ogos dan September tahun ini ditangguhkan berikutan kebimbangan terhadap penularan Covid-19 yang tinggi ketika itu.

Keputusan itu dibenarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan selaras dengan Perlembagaan Umno Fasal 10.16 iaitu MKT berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MKT, bahagian dan cawangan, namun penangguhan itu tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

Sebelum ini Timbalan Ketua Bahagian Umno Bandar Tun Razak, Adnan Seman menyarankan pemilihan Umno yang masih ditangguh wajar dilaksanakan pada suku pertama tahun depan sebelum PRU15.

Langkah itu juga disifatkan sebagai menghormati Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 Sept lalu. FMT



Tiada gesaan percepat pemilihan parti – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker