5 Fakta Menarik ‘Lebuhraya Di Malaysia’ Termasuk Karak Highway Yang Anda Patut Tahu

5 Fakta Menarik ‘Lebuhraya Di Malaysia’ Termasuk Karak Highway Yang Anda Patut Tahu

Setiap negara sudah tentu mempunyai lebuhraya untuk menghubungkan satu negeri dengan negeri yang lain

Negara yang membangun pastinya mempunyai strategi pembangunan lebuhraya yang mampan. Pembinaan lebuhraya sedikit sebanyak memudahkan urusan perjalanan masyarakat. Dengan adanya highway ini, memang cepat dan laju sampai ke destinasi yang dituju betul tak?

Memang tak terkira lebuhraya yang ada di Malaysia ini. Sampai ada yang kata lebuhraya Malaysia sepanjang 40,934 batu (65,877 km) lebih panjang daripada lilitan bumi 24,901 batu (40,075 km). Wah dahsyat!

Nak tahu fakta menarik tentang lebuhraya Malaysia? Jom!

Image from GIPHY

Image via GIPHY

1. Lebuhraya terpanjang: Lebuhraya Utara-Selatan

 

Lebuhraya Utara-Selatan merupakan lebuhraya utama yang paling panjang di Malaysia. Ia kira-kira sepanjang 966km. Lebuhraya ini merupakan projek kebangsaaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi lapan buah negeri.

Ia tidak terhenti disitu, lebuhraya itu juga dihubungkan dengan lebuhraya Phetkasem di Thailand. Tipulah kalau anda tak pernah lalu lebuhraya ini kan? Kalau sering ke Johor atau nak ke KL mesti akan lalu lebuhraya ini.

2. Lebuhraya tersibuk: Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway)

 

Lebuhraya Persekutuan merupakan lebuhraya yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan bandar Klang. Lebuhraya ini bermula dari Salak Selatan di Kuala Lumpur ke Bukit Raja di Klang.

Lebuhraya ini dikatakan lebuhraya paling sibuk di Malaysia, memang sentiasa ada kereta tidak kira pagi, siang atau malam. Tambahan lagi, kalau dah masuk waktu bekerja dan waktu balik pejabat, lebuhraya ini boleh mengalami kesesakan lalu lintas.

3. Terowong tertua: Terowong Genting Sempah di lebuhraya Karak

Lebuhraya yang mempunyai terowong tertua terletak di lebuhraya Karak. Terowong tertua ini dinamakan Terowong Genting Sempah. Terowong ini merupakan terowong lebuhraya pertama di Malaysia.

Terowong tersebut sepanjang 900 meter yang menghubungkan antara kawasan Gombak di Selangor dengan Genting Sempah di Pahang. Tempoh pembinaan terowong ini ialah dua tahun iaitu dari tahun 1977 hingga tahun 1979.

Pada asalnya, ia hanya mempunyai dua lorong namun telah ditambah menjadi empat ekoran kesesakan lalu lintas. Haa, siapa yang pernah pergi Genting Highlands tu mesti pernah lalu sini kan? Elok-elok kalau lalu sini, iyalah jalan berliku-liku.

4. Terowong terpanjang: Terowong SMART E38

 

Terowong SMART (Stormwater Management and Road Tunnel) dikenali juga sebagai Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir. Terowong ini merupakan struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur.

Projek ini merupakan projek kebangsaan di negara kita. Panjang terowong tersebut adalah 9.7km tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3km. Selebihnya ialah terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Terenggara dan kedua di Asia.

Kenderaan yang lalu di terowong SMART akan dikenakan sebanyak RM3 sekali jalan. Kenderaan berat sama sekali tidak dibenarkan masuk.

5. Jambatan terpanjang: Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Lebuhraya Jambatan Kedua Pulau Pinang ini mempunyai jambatan terpanjang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung.

Jambatan ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. Kalau anda ke Pulau Pinang, mesti akan lalu lebuhraya ini!

Haa, dapat banyak info baru kan? Dah pernah lalu semua highway ke tu?-Seismik

5 Fakta Menarik ‘Lebuhraya Di Malaysia’ Termasuk Karak Highway Yang Anda Patut Tahu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker