Uqasha teruja jadi juri MLM2021 walauoun bukan bidangnya
Uqasha teruja jadi juri MLM2021 walauoun bukan bidangnya
Mengakui tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lawak apatah lagi penjurian, namun pelakon cantik Uqasha Senrose tetap teruja menggalas tanggungjawab baharu yang diberikan kepadanya iaitu sebagai salah seorang juri tetap Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).
Menurut Uqasha, dia teruja apabila diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai juri tetap dalam pertandingan MLM2021 selepas bertahun-tahun menjadi penonton setia rancangan tersebut.
“Saya sebagai ‘mata-mata’ penonton dan seorang pelakon, saya nak terhibur dan gelak dengan pelawak-pelawak ‘otai’ kita. Kalau kelakar, kita gelak,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Tambah Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, dia sangat berterima kasih kepada pihak Astro kerana memilihnya menjadi juri dalam program yang dianggap cukup hebat itu.
“Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih dan memberi kepercayaan kepada saya menggalas tugas sebagai juri tetap untuk program yang cukup hebat ini.
“Bertahun-tahun saya memang pengikut setia Maharaja Lawak, tak pernah tinggal (menonton) rancangan ini dan saya terhibur dengan peserta-peserta yang hebat-hebat belaka,” ujarnya.
Apabila dilantik menjadi salah seorang juri tetap dalam MLM, tunangan kepada pelakon Kamal Adli itu berkata, dia sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat persembahan yang disampaikan oleh semua peserta.
“Tahun ini saya salah seorang juri. Saya berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat persembahan terbaik yang diberikan peserta,” ujarnya.
Selain Uqasha, juri MLM 2021 yang disiarkan setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi Astro Warna (Astro 107) turut menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai ketua juri serta penyanyi, Noh Salleh dan Diana Danielle. K Online
Uqasha teruja jadi juri MLM2021 walauoun bukan bidangnya
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU