Bekas timbalan pengarah imigresen palsukan dokumen didenda

Bekas timbalan pengarah imigresen palsukan dokumen didenda

SEREMBAN – Bekas Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dijatuhi hukuman denda RM5,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan nota penerimaan bekalan dan perkhidmatan bagi jabatan tersebut, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Nurshima Mislan, 45, yang ketika kejadian bertugas sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Gred M44 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut, bagaimanapun tertuduh membayar denda yang dikenakan.

Mengikut pertuduhan, Nurshima yang bertugas di Jabatan Imigresen Negeri Sembilan sejak tahun 2018 didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu “Nota Penerimaan Bekalan dan Perkhidmatan bernombor dokumen FN180000000790023 yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Syafiq Stewart Abdullah dan Datuk Abu Bakar Isa Ramat.

Terdahulu dalam prosiding berkenaan, Muhammad Syafiq Stewart memohon hukuman paling minimum dikenakan ke atas anak guamnnya atas alasan kesalahan tersebut pertama kali dilakukan tertuduh.

“Tertuduh juga mempunyai empat orang anak yang masih belajar selain menghidap penyakit Supraventricular Tachycardia (SVT) yang mana degupan jantung akan berhenti pda bila-bila masa sekiranya tidak mendapat rawatan segera.

“Tertuduh juga telah menghadapi pelbagai tekanan disebabkan kes ini,” katanya yang memberitahu kes itu akan dijadikan pengajaran oleh anak guamnya. K Online

Bekas timbalan pengarah imigresen palsukan dokumen didenda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker