Vaksin Sinopharm boleh didapati di klinik dan hospital swasta

Vaksin Sinopharm boleh didapati di klinik dan hospital swasta

Vaksin Covid-19 Sinopharm kini boleh didapati di Malaysia, menurut Duopharma Biotech Bhd.

Duopharma dalam kenyataan berkata unit milik penuhnya, Duopharma (M) Sdn Bhd telah diberi kuasa sebagai pemegang pendaftaran Sinopharm dan dibenarkan menjalankan penjualan dan pengedaran vaksin itu di negara ini.



Penghantaran pertama vaksin itu telah tiba mengikut kumpulan pada September lalu dan kini tersedia secara meluas di klinik dan hospital swasta seluruh negara.

“Duopharma komited untuk menyokong program vaksinasi kerajaan dan mempertingkatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan memperluas saluran pengedaran vaksin bagi memastikan liputan vaksin penuh di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Kumpulan, Leonard Ariff Abdul Shatar.

Menurut Duopharma, vaksin Sinopharm pada masa ini diberikan kepada individu berusia 18 hingga 59 tahun.

Pada Julai 2021, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi vaksin Covid-19 Sinopharm untuk digunakan di Malaysia. FMT



Vaksin Sinopharm boleh didapati di klinik dan hospital swasta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker