Nora Danish jangan setakat promosi, netizen doakan semoga kekal berhijab

Nora Danish jangan setakat promosi, netizen doakan semoga kekal berhijab

SEBELUM ini, boleh dikatakan hampir setiap minggu si cantik Nora Danish me­nerima kecaman netizen.

Bermula dengan dine in bersama anak-anak, kisah melancong dengan penampilan daring di Langkawi dan diikuti pula dengan kisah yuran sekolah putera sulungnya.



Kini, semua cerita negatif lenyap begitu sahaja dan Nora dilihat kerap memuat naik foto berhijab menerusi Instagramnya.

Difahamkan, penampilan gaya berhijab tersebut merupakan kempen terbaharu yang dijayakan Nora bagi mempromosikan berapa jenama pakaian Muslimah tempatan.

Namun, seperti biasa, apabila sudah berkongsi foto sebegitu, berduyun-duyunlah netizen mengucapkan tahniah selain mendoakan Nora terbuka hati untuk memakai hijab selepas ini.

Tidak tipu, memang cantik Nora berhijab. Sejuk sahaja mata memandang. Kita doakan yang baik-baik untuk Nora ya, manalah tahu esok atau lusa hatinya terbuka untuk memakai tudung. Hidayah ialah rahsia Allah SWT. K Online



Nora Danish jangan setakat promosi, netizen doakan semoga kekal berhijab


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker