Kaukus Medical Cannabis, kaji penggunaan ketum ditubuhkan

Sebaran :

Kaukus Medical Cannabis, kaji penggunaan ketum ditubuhkan

Sembilan Ahli Parlimen bersetuju menubuhkan Kaukus Medical Cannabis untuk mengkaji isu kawal selia penggunaan ketum dan medical cannabis.

Kaukus Medical Cannabis itu diwakili Ahli Parlimen merentas parti, sebagai salah satu usaha bipartisan yang murni dalam merangka dasar dan strategi bagi mengkaji kawal selia penggunaan ketum dan medical cannabis.

Menurut kenyataan bersama, objektif kajian pengawalseliaan bahan itu adalah bagi mengurangkan kemudaratan dan menjadikannya sebagai salah satu bentuk perubatan yang diiktiraf di negara ini.

“Sebagai sebahagian daripada rangka kerja awal, mereka akan bertemu dengan kumpulan pakar kesihatan, penyelidik, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan berkaitan serta kementerian yang terlibat bagi mendapatkan pandangan untuk pembentukan dasar.

“Hasil daripada penubuhan ini, Kaukus Medical Cannabis akan hadir dengan draf cadangan untuk perhatian kerajaan bagi memastikan pesakit yang bergantung kepada kaedah perubatan ketum dan Medical Cannabis dapat dijaga melalui sistem kesihatan negara,” katanya.

Kenyataan itu turut menyebut, penubuhan Kaukus itu juga selaras dengan usaha untuk mengembangkan industri ketum dan Medical Cannabis di negara ini yang boleh memberi manfaat kepada industri kesihatan negara dan rakyat tempatan.

Kaukus Medical Cannabis, percaya bahawa semangat bipartisan yang diangkat ini akan dapat diterjemah kepada dasar dan strategi yang baik untuk kebaikan rakyat dan negara.

Kaukus dipengerusikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar), dan dianggotai Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam), Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat), dan Ignatius Darell Leiking (Warisan-Penampang).

Selain itu, ia turut dianggotai Kelvin Yii Lee Wuen (PH -Bandar Kuching), Azman Ismail (PH-Kuala Kedah), Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti), dan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas). FMT

Kaukus Medical Cannabis, kaji penggunaan ketum ditubuhkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3


Sebaran :

Leave a Reply