Adakah Kematian SK Ewe Akan Jadi Punca Kes Skandal Terowong Dasar laut Guan Eng Ditutup?

Oleh Nurul Aisyah

Hubungan Lim Guan Eng dengan Datuk Ewe Swee Kheng bukan lagi rahsia. Dalam setiap acara rasmi yang melibatkan Terowong Dasar Laut pasti muncul gambar SK Ewe dan Lim Guan Eng.



Rata-rata rakyat Malaysia tahu bahawa Datuk Ewe Swee Kheng sepatutnya menjadi saksi utama membabitkan kes skandal pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang. Belum sempat memberi keterangan di mahkamah, beliau dijumpai mati di dalam kolam renang selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium mewah di Jalan Kelawai.

Adakah kematian SK Ewe akan menyebabkan kes skandal terowong dasar laut Lim Guan Eng ditutup? Jika benar maka siasatan lebih terperinci perlu dibuat.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan lelaki berusia 53 tahun itu pernah ditahan untuk siasatan. Datuk SK Ewe menjadi saksi utama pendakwaan kes mengenai perjanjian pertukaran tanah. Pada 2018, ahli perniagaan itu  ditahan SPRM bagi membantu siasatan dakwaan rasuah projek terowong dasar laut.

Lim Guan Eng didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu. Guan Eng dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR di sini, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.Beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara di antara enam bulan dan lima tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.



Beliau turut didakwa atas tuduhan pindaan, iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri, wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan, bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702. Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang. Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta suapan, iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul sebagai upah bagi melakukan perkara yang dicadangkan, iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan berkenaan dilantik untuk projek sama. Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, di antara 12.30 pagi hingga 2 pagi. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16 Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Adakah hanya kebetulan Datuk SK Ewe mati setelah SPRM panggil beliau untuk menjadi saksi utama kes skandal Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng sekali lagi? Sebelum kematian SK Ewe, beliau ada memaklumkan kepada isteri yang dia dipanggil oleh SPRM. Kebetulan atau dirancang? Perlu ada siasatan yang lebih rapi berkenaan perkara ini kerana wujud motif yang sangat mencurigakan.



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker