Guru besar didakwa seleweng RM75,000 sumbangan pelajar asnaf

Sebaran :

Guru besar didakwa seleweng RM75,000 sumbangan pelajar asnaf

SHAH ALAM – Seorang guru besar sebuah sekolah kebangsaan mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan pecah amanah wang sumbangan zakat untuk anak asnaf yang bernilai RM75,000.

Mohamed Nor Azmi Darno, 54, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen, Shah Alam hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Mohamed Nor Azmi pada 17 hingga 19 Jun 2019 sebagai seorang penjawat awam iaitu guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak di Sungai Buloh didakwa menyeleweng wang sumbangan zakat dari Malaysia Building Society Berhad.



Wang itu diberikan dengan jumlah yang berbeza selama tiga hari iaitu dalam tempoh itu, masing-masing RM5,000.00, RM40,000 dan RM30,000.

Sumbangan daripada syarikat berkenaan untuk tujuan diagihkan kepada murid asnaf sekolah berkenaan menerusi program Pemberian Sumbangan Hari Raya 2019.

Mohamed Nor Azmi didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan untuk setiap pertuduhan.

Jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan, beliau boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari 20 tahun, sebat serta denda.



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mencadangkan mahkamah menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM80,000 bagi semua pertuduhan.

Bagaimanapun, peguambelanya berkata, anak guamnya selaku Orang Kena Tuduh (OKT) merayu agar jumlah itu dikurangkan.

Kata Norasikin Mohamed Yusuf, Mohamed Nor Azmi yang kini ditukarkan ke Jabatan Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Selangor perlu menanggung isteri dan enam anaknya.

Selain itu beliau perlu membayar ansuran bulanan rumah dan kereta.



Setelah mempertimbangkan rayuan tersebut, Hakim Rozilah Salleh mengarahkan tertuduh dijamin dengan RM30,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut melarang Mohamed Nor Azmi menganggu saksi-saksi kes sehingga perbicaraan selesai.

Dalam masa yang sama, beliau diarahkan untuk melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Klang sebulan sekali selain perlu menyerahkan pasport antarabangsanya sehingga prosiding perbicaraan selesai kelak.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 22 November ini sebagai tarikh sebutan dan penyerahan dokumen. MG

Guru besar didakwa seleweng RM75,000 sumbangan pelajar asnaf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3


Sebaran :

Leave a Reply