3 pelacur, seorang ‘transporter’ ditahan polis
3 pelacur, seorang ‘transporter’ ditahan polis
Melaka: Tiga wanita termasuk dua warga Indonesia yang ke negeri ini disyaki untuk menjalankan aktiviti pelacuran membawa padah apabila kesemua mereka ditahan polis di sebuah hotel di Jalan Tun Sri Lanang di sini, semalam.
Kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 23 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dalam serbuan Op Noda pada 9 malam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kesemua suspek dipercayai datang dari luar Melaka dan menyewa bilik di hotel berkenaan untuk menawarkan khidmat seks.
Menurutnya, siasatan mendapati mereka ini mula menjalankan aktiviti tidak bermoral itu sejak awal minggu ini.
“Suspek dikatakan menyewa tiga buah bilik selain mengenakan bayaran RM350 kepada setiap pelanggan.
“Selain tangkapan itu, pihak polis turut merampas beberapa rampasan seperti kondom, beberapa gulung tisu, tuala, wang tunai serta sebuah kenderaan,” katanya.
Menurutnya, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun.
“Lelaki itu dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ selain membekalkan barangan keperluan kepada wanita terbabit.
“Suspek warga tempatan direman empat hari sehingga 16 Oktober ini, manakala dua wanita warga asing direman hingga 15 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan,” katanya.
Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, sejak Januari sehingga September lalu, IPD Melaka tengah merekodkan sebanyak 26 serbuan membabitkan aktiviti pelacuran. HM
3 pelacur, seorang ‘transporter’ ditahan polis
Baca Artikel Menarik :
- Kami minum teh tarik saja – Tok Mat
- Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
- Video erotik Syahrini disebar bapa angkat
- CEO LHDN letak jawatan?
- Jelutong pun akan duduk – Apek Cina
- Harta karun di Pulau Nangka hilang?
- Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
- Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun
- Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran
- Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya
- Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.