Tedung selar menyorok belakang langsir

Tedung selar menyorok belakang langsir

KOTA TINGGI – Tindakan seorang jiran di Kampung Orang Asli Sayong Pinang di sini yang menyedari kehadiran ular tedung selar sepanjang lima meter berjaya menyelamatkan jirannya dari ancaman reptilia itu petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kota Tinggi, Mohd. Sarul Nizam Khirudin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 3.47 petang.



Katanya, maklumat awal diterima menyatakan ular sepanjang lima meter itu berada disebalik langsir tingkap dapur rumah jiran pemanggil.

“Seramai tiga anggota APM telah dihantar ke lokasi. Kejadian itu disedari oleh jiran berumur 44 tahun yang melihat ular itu dari arah belakang rumah memasuki ke ruangan bilik mandi lalu menuju ke ruangan dapur.

“Dari bilik mandi dikatakan ular tersebut kemudian berpindah arah ke dapur selepas ternampak kelibat manusia sebelum menyorok di sebalik langsir,”katanya.

Mohd. Sarul berkata, pasukannya kemudian berjaya menangkap ular seberat 10 kilogram dengan peralatan khas sebelum reptilia itu dibawa ke pejabat APM di sini untuk tindakan lanjut. K Online



Tedung selar menyorok belakang langsir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker