Dewan Rakyat sebulat suara lulus RUU Levi Keuntungan Luar Biasa

Dewan Rakyat sebulat suara lulus RUU Levi Keuntungan Luar Biasa

Rang Undang-undang (RUU) Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 yang bertujuan menambah baik pentadbiran levi keuntungan luar biasa diluluskan secara sebulat suara oleh sidang Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 atau dikenali sebagai Akta 592 dengan memasukkan peruntukan baharu.



Ia bertujuan menambah baik pentadbiran levi keuntungan luar biasa melalui peruntukan remisi dan pulang balik levi dan penalti yang boleh memberi manfaat kepada orang yang membayar levi.

Ketika menggulung perbahasan RUU, Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, pengenaan levi keuntungan luar biasa bukan satu tindakan secara terburu-buru yang dibuat kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa melihat ekosistem yang luas bagi industri dan syarikat komoditi di negara ini.

“Kementerian juga akan menimbang pelbagai cadangan lain seperti cukai warisan, cukai keuntungan modal dan cukai ke atas komoditi lain dan tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa mengadakan sesi libat urus,” katanya.



Terdahulu, semasa membentangkan RUU tersebut, beliau berkata, ia antara lain bagi memberi kuasa kepada menteri untuk meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian levi keuntungan luar biasa yang perlu dibayar.

Ia juga bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian penalti yang perlu dibayar di bawah Akta 592.

Berdasarkan naskah biru yang diedarkan kepada pemberita, dari segi implikasi kewangan, rang undang-undang berkenaan tidak melibatkan apa-apa perbelanjaan wang tambahan kerajaan.

Seramai 11 Ahli Parlimen menyertai sesi perbahasan RUU itu yang mengandungi empat fasal.



Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa juga mengemukakan dua usul, iaitu supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM16.5 bilion di bawah Seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dari Januari hingga Ogos 2021 kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM7 bilion di bawah Seksyen 3(1) Akta 275 dan Seksyen 4(2) Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) 2020 atau Akta 830, iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dari Januari hingga Ogos 2021 kepada Kumpulan Wang Covid-19.

Kedua-dua usul tersebut turut diluluskan sidang Dewan Rakyat selepas dibahaskan.

Kedua-duanya yang mengikut peruntukan Seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 atau Akta 275, antara lain bertujuan menampung pakej rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan ekonomi serta perbelanjaan pembangunan. FMT



Dewan Rakyat sebulat suara lulus RUU Levi Keuntungan Luar Biasa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker