Kami tak fikir parti lain – kata Presiden Putra

KUALA LUMPUR: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak bimbang dengan kehadiran Parti Kuasa Rakyat (Kuasa Rakyat) yang akan turut bersaing dalam dalam arena politik negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Putra, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, beliau memilih untuk fokus kepada parti sendiri tanpa memikirkan tindakan daripada parti politik lain.

Justeru, katanya, sekalipun ada parti baharu yang bergerak sebagai badan politik rasmi, ia adalah pilihan masing-masing manakala Putra akan memainkan peranan tersendiri.

“Kita tidak dapat fikir untuk parti-parti lain,” katanya ringkas ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas parti Kuasa Rakyat yang dilancarkan oleh Presidennya, Kamarazaman Yaakob yang juga abang kandung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas persediaan menghadapi PRU-15, kata Ibrahim, Putra sudah mempunyai 95 bahagian dan cawangan di seluruh negara yang kini sedang mengadakan mesyuarat bermula 1 Oktober lalu sehingga 26 November ini.

Dalam pada itu, katanya, Putra juga menyasarkan antara 30 hingga 40 bahagian Parlimen dipertandingkan pada pilihan raya nanti manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) belum dimuktamadkan kecuali di semua kerusi di Kelantan.

“Selain itu, jika Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka diadakan, Putra sekurang-kurangnya bertanding dua hingga empat kerusi di sana. Kami tidak mahu semata-mata bertanding banyak kerusi hanya untuk kalah,” katanya.

Untuk rekod, April lalu, Ibrahim memaklumkan partinya tidak akan menyertai mana-mana gabungan pada PRU15 selaras dengan konsep enggan terikat dengan manifesto blok tertentu namun terbuka bekerjasama dengan parti yang menubuhkan kerajaan jika sokongannya diperlukan. – UTUSAN ONLINE

Kami tak fikir parti lain – kata Presiden Putra


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Golongan tergoda bisikan syaitan pecah belah Pas-UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker