Golongan tergoda bisikan syaitan pecah belah Pas-UMNO

KUALA TERENGGANU: Pas menyifatkan hanya golongan yang sentiasa tergoda dengan bisikan syaitan akan memecahbelahkan perpaduan antara parti itu dan UMNO.

Ahli Jawatankuasanya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, golongan berkenaan akan membisikkan perpecahan sedangkan perpaduan menerusi Muafakat Nasional (MN) itu didokong penuh oleh penyokong kedua-dua parti.

“Tahniah kepada semua kepemimpinan Pas dan UMNO. Rakyat dalam kedua-dua parti mendokong penuh perpaduan ini melainkan mereka yang sentiasa tergoda oleh bisikan syaitan yang membisikkan perpecahan.



“Adik-beradik dan sepupu-sepapat di kampung bercantum kembali kerana perpaduan ini, janganlah ia dicarikkan oleh kepentingan peribadi mana-mana individu pimpinan parti,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Hantaran Mohd. Khairuddin itu susulan perkongsian gambar yang dimuat naik Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa pertemuan minum petang bersama dua kepemimpinan tertinggi Pas, semalam.

Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden parti itu, Idris Ahmad.

Pertemuan berkenaan turut disertai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. – UTUSAN ONLINE




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tok Mat adakan pertemuan bersama Tuan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker