3 juta penduduk Lembah Klang terlibat gangguan bekalan air

SHAH ALAM: Lebih tiga juta pengguna di Kuala Lumpur dan lima daerah di Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai hari ini berikutan penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1).

Lima daerah di Selangor yang terjejas ialah Petaling, Klang, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Seksyen 18 dan 19 di sini mendapati, orang ramai turut membuat persiapan dengan membeli tong pelbagai saiz untuk menyimpan air, malah kotak polisterina turut menjadi pilihan pengguna kerana harganya lebih murah sekitar RM10 setiap bekas.



Seorang suri rumah yang tinggal di Padang Jawa, Klang, Khatijah Abdullah, 59, memberitahu, dia membeli bekas tambahan selain baldi seperti kotak polisterina bagi menyimpan lebih banyak bekalan air.

“Semua bekas plastik seperti baldi dan besen sudah saya isi dengan air. Isi rumah saya enam orang, jadi bimbang jika stok simpanan air habis lebih,” katanya.

Seorang lagi suri rumah di Seksyen 25 di sini, Nor Aishah Ibrahim, 43, memaklumkan dia sekeluarga membuat persediaan sejak seminggu lalu sebagai langkah memastikan bekalan air untuk kegunaan sekeluarga dan anak-anaknya yang masih kecil.

“Hari ini saya beli bekas plastik bersaiz 95 liter untuk menyimpan air bagi memasak dan untuk minum. Keluarga yang mempunyai ramai anak kecil memang terkesan apabila tak ada air,” jelasnya.



Bagaimanapun, tiada aduan mengenai peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga tong air ketika ini.

Tong air bersaiz dua liter dijual dengan harga RM22.90 dan deretan tong air turut diletakkan pada bahagian hadapan kedai untuk memudahkan orang ramai membuat perbandingan harga.

Selain tong air, terdapat beberapa jenis bekas plastik lain yang boleh dipilih antaranya bekas plastik bersaiz 95 liter dijual dengan harga RM49.90 serta bekas bersaiz 40 liter (RM39.90).

Tinjauan di Jalan Kebun, Seksyen 30 pula mendapati kebanyakan kedai kehabisan stok tong air sejak beberapa hari lalu berikutan ramai yag membuat persediaan lebih awal. – UTUSAN ONLINE



3 juta penduduk Lembah Klang terlibat gangguan bekalan air


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu teguran Allah, takut tak boleh patah balik – Ustaz Abdullah Khairi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker