Hasrat melancong bersama ibu bapa tidak kesampaian

Sebaran :

GAMBAR kenangan Zafiq Zainol (duduk kiri, barisan hadapan) bersama arwah ibu dan bapanya, Zainol Zakaria dan Pauziah Hassim (barisan tengah) serta adik-beradiknya. – UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR

SUNGAI PETANI: Hasrat tiga beradik melancong bersama ibu bapa mereka selepas kebenaran rentas negeri diumumkan tidak kesampaian apabila dua insan tersayang itu meninggal dunia selang sehari akibat komplikasi selepas sembuh daripada COVID-19 pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Zafiq Zainol, 38, berkata, bapanya, Zainol Zakaria, 64, dan ibunya, Pauziah Hassim, 63, menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini selepas disahkan positif Covid-19 pada 20 September lalu.

Dia yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik berkata, HSAH memaklumkan mengenai kematian bapanya pada pukul 6.35 pagi Jumaat sebelum disusuli dengan berita kematian ibunya pula pada pukul 12.02 tengah hari Sabtu.

Katanya, mereka pergi meninggalkan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara 31 hingga 40 tahun, tiga orang menantu dan empat orang cucu berusia antara sembilan bulan hingga 14 tahun.

“Kami adik beradik reda dengan kehilangan kedua-dua insan tercinta yang turut mempunyai penyakit kronik iaitu jantung dan buah pinggang.

“Namun mereka tidak menyangka kehilangan kedua-duanya sekali dalam tempoh masa selang sehari sahaja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Taman Delima, di sini hari ini.

Zafiq memberitahu, ibu dan bapanya telah menetap di Bayan Lepas, Pulau Pinang lebih 20 tahun lalu kerana mereka mengusahakan perniagaan restoran masakan kampung di sana selain mempunyai sebuah rumah di Taman Delima di sini.

Katanya, sebelum ini mereka sekeluarga ada berbincang untuk pergi bercuti bersama selepas rentas negeri dibenarkan.

Katanya, ibunya memang suka melancong namun sudah lama tidak dapat berbuat demikian disebabkan faktor kesihatannya yang tidak menentu selain keadaan negara yang dilanda pandemik sejak tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Hasrat melancong bersama ibu bapa tidak kesampaian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pilihan raya atas nama demokrasi ketika negara masih diancam COVID-19 tidak wajar!


Sebaran :

Leave a Reply