Kapal makhluk asing didakwa menjunam dari langit

Kapal makhluk asing didakwa menjunam dari langit

AZPEITIA, SEPANYOL – Sebuah klip video memaparkan rakaman objek terbang tidak dikenali (UFO) menjadi tular di media sosial dengan ramai pengguna berpendapat ia rakaman tulen yang boleh dipercayai, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam klip video dirakam menggunakan teropong penglihatan malam oleh individu bernama Xan Bernardo itu, sebuah bebola besar dilihat berlegar-legar di langit bandar Azpeitia, Sepanyol.

Pergerakan objek tersebut dapat dilihat dengan jelas menggunakan cahaya inframerah ketika ia bergerak dari satu bahagian ke bahagian lain.

Secara tiba-tiba, objek itu menjunam ke bawah dengan pantas dan hilang dari penglihatan.

Klip video itu dikongsikan di YouTube saluran The Hidden Underbelly 2.0 yang menyifatkan rakaman itu sebagai hebat.

“Objek itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, sebaliknya perlu menggunakan teropong penglihatan malam.

“Kami melihat objek tersebut berlegar-legar dan secara tiba-tiba ia menjunam ke bawah dengan pantas.

“Bagi saya, pergerakan itu sukar dilakukan oleh mana-mana objek lain,” kata keterangan pada video tersebut.

Video rakaman itu ditonton sebanyak beratus-ratus kali dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna dengan ramai yang berpendapat bahawa ia adalah kapal angkasa makhluk asing.

“Amat menarik terutamanya cara ia menjunam ke bawah. Ia juga kelihatan seperti hilang begitu sahaja,” kata seorang pengguna.

“Bagi saya, ia kelihatan seperti hologram,” kata seorang pengguna yang skeptikal. K Online

Kapal makhluk asing didakwa menjunam dari langit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker