Syafie Naswip nafi dirinya ditahan polis kerana dadah

Syafie Naswip nafi dirinya ditahan polis kerana dadah

PELAKON, Syafie Naswip menafikan dirinya ditahan polis kerana dadah seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Menurut pelakon tersebut, ramai yang menghantar mesej peribadi kepadanya dan bertanya sama ada individu yang ditahan itu adalah dia.

“Memang saya ada pengambaran di Kuala Kangsar baru-baru ini. Tetapi jawapannya tidak (ditahan polis).

“Ada beberapa produksi drama lain yang turut menjalani pengambaran di sana dan semoga kita dijauhkan daripada fitnah seperti ini lagi,” katanya.

Semalam, media melaporkan berkenaan seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar.

Serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 7.15 pagi itu turut menahan seorang pengarah dan penolong pengarah berusia 49 dan 47 tahun.

Difahamkan, ujian saringan awal air kencing mendapati pelakon dan pengarah positif dadah jenis THC manakala penolong pengarah pula positif amphetamine dan methamphetamine.

Dalam pada itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid juga mengesahkan serbuan dan tangkapan tersebut. SM

Syafie Naswip nafi dirinya ditahan polis kerana dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adik maut selepas bertengkar pinjam wang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker