Pengecat kereta hina Sultan Johor diberkas

Pengecat kereta hina Sultan Johor diberkas

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang pengecat kereta sambilan membuat naik kenyataan jelik berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di laman sosial Twitter miliknya membawa pada apabila ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang berusia 42 tahun itu ditahan di kediamannya di Ulu Tiram pada pukul 9.25 malam.



Menurut beliau, lelaki itu bagaimanapun dilepaskan setelah keterangannya diambil bagi membantu siasatan.

“Pada 8 Oktober lalu, polis Johor menerima laporan daripada Ketua Unit Media Pejabat Komunikasi dan Keluarga Diraja Johor berkaitan satu kenyataan di akaun Twitter bernama zion74rey@reymizion74 pada pukul 2.03 petang.

“Hantaran berkenaan mengandungi kenyataan berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor dan institusi Diraja Johor,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, lelaki berkenaan mempunyai dua rekod lampau bersabit kes ceroboh dan khianat.



Katanya, polis turut merampas peralatan dan peranti yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat posting berkenaan termasuk satu unit komputer, satu telefon bimbit dan satu unit adapter. K Online

Pengecat kereta hina Sultan Johor diberkas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker