Zulin Aziz Gembira Dapat Perdana Menteri Prihatin #KeluargaMalaysia [VIDEO]

Zulin Aziz Gembira Dapat Perdana Menteri Prihatin #KeluargaMalaysia [VIDEO]

Pelakon dan juga pengacara Zulin Aziz memuji tindakan dan keramahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila dilihat melayan dua kanak-kanak berbangsa India sedang makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lekas, semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Zulin atau nama lengkapnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, menyifatkan tindakan Perdana Menteri Malaysia itu sebagai sifat yang melambangkan konsep perpaduan Keluarga Malaysia.

“Macam inilah baru dinamakan Keluarga Malaysia. Walaupun berada di atas, PM (Perdana Menteri) kita tetap membumi dan saling menjaga antara satu sama lain.

“Saya gembira sangat bila tengok video PM luangkan masa sekejap walaupun sibuk dengan kerja. Seolah-olah tiada jurang antara kita. Budaya sebegini perlu diterapkan apabila dilantik sebagai pemimpin,” tulisnya.

Ujarnya lagi, sebagai seorang pemimpin negara, seseorang Perdana Menteri itu wajar untuk ambil peduli dan saling sayang menyayangi lebih-lebih lagi ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Konsep Keluarga Malaysia memang sesuai dengan keadaan sekarang ini. Kita perlu Bersatu dan tidak boleh pentingkan diri. Terima Kasih PM di atas cinta dan kasih kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, hantaran video Ismail Sabri berpakaian jersi Hari Sukan Negara (HSN) 2021 yang singgah secara spontan di kawasan R&R itu telah mendapat perhatian ramai.

“Ternampak dua anak kecil ini sedang makan nasi lemak bersama bapa mereka di R&R Lekas. Teruja melihat telatah mereka yang comel dan petah berkata-kata,” tulis kapsyen pada video dalam Instagramnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap membumi Ismail Sabri yang mengambil tahu keadaan rakyat ketika ini dan ianya wajar dicontohi pemimpin lain.

“PM seperti inilah yang rakyat suka. Mesra rakyat, ambil tahu masalah rakyat. Saya sayang PM sekarang,” kata seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, Ismail Sabri yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 pada 21 Ogos lalu telah memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dengan menyifatkan seluruh rakyat negara ini sebagai sebuah keluarga yang perlu mempunyai kesepakatan demi menyelamatkan satu sama lain dalam krisis Covid-19 dan ekonomi.

Ismail Sabri dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri kesembilan berkata, beliau menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana bersifat lebih inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum. – K! ONLINE

Zulin Aziz Gembira Dapat Perdana Menteri Prihatin #KeluargaMalaysia [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM umum rakyat boleh rentas negeri dan melancong mulai esok

Audio sailang Hadi, Takiyuddin enggan ulas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker