Audio sailang Hadi, Takiyuddin enggan ulas

Audio sailang Hadi, Takiyuddin enggan ulas

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan hari ini menjarakkan diri daripada mengulas isu berkaitan parti itu yang didakwa mengalami pergolakan dalaman.

Ditemui media di Kelantan hari ini Takiyuddin berkata sebagai orang yang memiliki latar belakang dalam dunia perundangan, dia tidak mahu membuat kenyataan hanya berdasarkan kepada andaian.

Malah jika ada laporan polis dibuat pun, Takiyuddin menegaskan pihaknya hanya akan membiarkan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan mengenai audio berkenaan.

“Saya sebagai orang undang-undang (peguam), tak buat apa-apa komen berdasarkan andaian, andaian perlu dibuktikan dahulu.

“Kalau ada laporan polis, biar polis siasat, kita ikut undang-undang.

“Kita tak nak main andaian ini,” katanya kepada media.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu ditemui semasa menghadiri majlis kayuhan basikal sempena program Penanaman 100 juta Pokok di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu.

Semalam satu klip audio ditularkan di media sosial yang didakwa rakaman percakapan pemimpin kanan PAS yang bimbang terhadap sikap presiden mereka Abdul Hadi Awang.

Menurut rakaman audio berkenaan, individu terbabit mendakwa Abdul Hadi percaya Perikatan Nasional (PN) lebih berpengaruh berbanding BN namun pada masa sama tetap mahu “meraikan” gabungan kedua.

“Ayat itu Tok Guru (Abdul Hadi) selalu ulang pada ungkapan, tetapi pada praktikalnya, tidak ditunjukkan. Jadi, kita susah hati,” kata suara tersebut.

Malaysiakini belum lagi dapat mengesahkan secara bebas kesahihan klip audio itu dan masih cuba mendapatkan maklum balas daripada pemimpin yang dirujuk itu. Mk

Audio sailang Hadi, Takiyuddin enggan ulas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Akibat rintihan, Mila Jirin dipanggil hadap menteri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker