Pelajar sekolah tiru permainan ganas Squid Game

Pelajar sekolah tiru permainan ganas Squid Game

BRUSSELS, BELGIUM – Ibu bapa digesa untuk memantau tabiat menonton televisyen anak-anak susulan terdapat trend pelajar sekolah yang meniru permainan dalam siri televisyen popular Netflix, Squid Game, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Drama bersiri dari Korea Selatan itu menampilkan sekumpulan individu yang dibebani hutang menyertai beberapa permainan kanak-kanak yang boleh membawa maut.

Sebuah sekolah di Belgium minggu ini mengeluarkan amaran kepada ibu bapa selepas pelajar seawal usia 11 tahun dilihat bermain permainan itu dan memukul pemain yang kalah.

Salah seorang pelajar memberitahu media tempatan bahawa dia melihat seorang rakannya yang kalah telah dicampak ke atas tanah sebelum dipukul, mengakibatkan lengannya luka.

Sebuah sekolah di Ilford, London turut berkata bahawa terdapat pelajar di sekolah itu bermain beberapa permainan dalam siri Squid Game dalam versi sendiri.

Susulan itu, amaran dikeluarkan untuk menggantung persekolahan mana-mana pelajar yang ditangkap bermain permainan tersebut.

Sementara itu, Sekolah Sandown di bandar Kent, England melaksanakan kelas tambahan kepada kanak-kanak berusia lapan hingga 10 tahun bagi mata pelajaran keselamatan online dan bahaya menonton kandungan yang ‘tidak bersesuaian dengan umur’.

Siri Squid Game diberi penilaian sesuai untuk ditonton oleh individu berusia 15 tahun dan ke atas, namun Netflix memberikan amaran kandungan bagi siri popular itu termasuk seksual, keganasan dan bunuh diri. K Online

Pelajar sekolah tiru permainan ganas Squid Game


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Akibat rintihan, Mila Jirin dipanggil hadap menteri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker