PM nasihat buat ujian Covid-19 sebelum pulang ke kampung

PUTRAJAYA – Orang ramai yang akan melakukan aktiviti rentas negeri termasuk pulang ke kampung halaman bermula esok dinasihati melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas pula dinasihati menangguhkan dahulu perjalanan mereka.

“Kita sama-sama melindungi diri dan keluarga. Ramai mahu pulang ke kampung bertemu ibu bapa, tetapi kita yang bertanggungjawab menjaga keselamatan keluarga kita di kampung, jadi kawalan kendiri perlu dilaksanakan.

“Sebagai contoh jika kita mengalami simptom demam, selesema, batuk dan sebagainya baik tangguh pulang untuk berjumpa keluarga,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

PM nasihat buat ujian Covid-19 sebelum pulang ke kampung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM umum rakyat boleh rentas negeri dan melancong mulai esok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker