Zuraida bakal ketuai Parti Bangsa Malaysia?

Zuraida bakal ketuai Parti Bangsa Malaysia?

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin bakal mengetuai sebuah parti baharu yang dikenali Parti Bangsa Malaysia.

Menurut sumber, parti berkenaan sudah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 29 Oktober lalu.

Bagaimanapun parti berkenaan tidak melibatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti digembar gembur sebelum ini.

Menteri kanan itu dikatakan masih kekal dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain, Zuraida antara individu lain bakal menjadi pimpinan Parti Bangsa Malaysia ialah Ahli Parlimen Julau, Larry Soon @ Larry Sng.

Wakil rakyat bebas itu dikatakan bakal menjadi orang nombor dua dalam parti berkenaan.

Selain itu, bekas pimpinan PKR, Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar juga bakal menyertai parti berkenaan.

Difahamkan, Parti Bangsa Malaysia bersifat mesra kerajaan Perikatan Nasional dan akan dilancarkan pada Disember ini.

Logo parti pula akan diambil dari logo sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Penggerak Komuniti Negara tetapi melibatkan sedikit perubahan. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Zuraida bakal ketuai Parti Bangsa Malaysia?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker