17 ditahan bergaduh di luar pusat hiburan

Polis menahan 17 lelaki berusia 19 hingga 40 tahun semalam, selepas dua klip video pergaduhan itu tular di media sosial sejak Ahad lalu.

PETALING JAYA: Seramai 17 lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam satu pergaduhan di luar sebuah pusat hiburan di Bandar Utama Batu 6, Sandakan, Sabah pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Mohd Hamizi Halim berkata, semua lelaki berusia 19 hingga 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan semalam, selepas video pergaduhan itu tular di media sosial sejak kelmarin.

“Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku pada 11.30 malam Sabtu di hadapan sebuah pusat hiburan.

“Semua individu berkenaan direman untuk membantu siasatan dan punca pergaduhan masih dalam siasatan,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.



Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dua klip video selama 20 dan 26 saat yang menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah premis hiburan tular di media sosial.

17 ditahan bergaduh di luar pusat hiburan

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]



Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker