2 kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang di Beluran

2 kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang di Beluran

Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan dua kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang, di Beluran, Sabah sejak 26 Julai lalu.

Dua kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Nur Hawa Syaqira Jeif, 12 dan adiknya Nurul Syuhada Asyiqim Jeif, 9 tahun.

Mereka dilaporkan hilang dari rumah keluarga mereka di Ladang Monsok, Beluran.

Ketua Polis Beluran Kasim Muda berkata, mengikut laporan diterima, kedua-dua mangsa disedari hilang kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, menurut bapa mangsa, Jeif Wong, 46, kali terakhir dia melihat kedua-dua anaknya kira-kira jam 8 pagi sebelum keluar ke tempat kerja.

“Sebaik menyedari kehilangan anaknya, bapa mangsa turut menghebahkan kehilangan itu di media sosial.

“Selepas itu, ada saksi mendakwa melihat kedua-dua mangsa hilang di Hotel London, Sandakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kasim berkata setakat ini, dua mangsa terbabit masih gagal ditemui dan operasi mencari sedang giat dijalankan di sekitar Ladang Monsok dan Hotel London, Sandakan.

Sehubungan itu, Kasim menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua mangsa boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran di talian 089-511222.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Muhammad Fakhrullah Wahad di talian 013-5126121 atau mana-mana balai polis berhampiran. FMT

2 kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang di Beluran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker