Wanita kurang upaya maut dalam kebakaran

Wanita kurang upaya maut dalam kebakaran

Seorang wanita kurang upaya maut dalam kebakaran membabitkan dua rumah kedai dua tingkat di Jalan Kerian, George Town hari ini.

Mayat wanita berusia 44 tahun dengan kesan lecur pada bahagian muka dan kepala itu dijumpai pihak bomba selepas memadamkan kebakaran di dua premis yang bahagian atasnya dijadikan bilik penginapan manakala pusat karaoke terletak di bawah rumah kedai itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak A’azelan Hassan berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.34 petang dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.

“Sebaik kami tiba, bahagian atas dua buah rumah kedai itu sedang terbakar dan api marak dengan asap tebal. Pihak bomba mengalami kesukaran untuk sampai ke tingkat atas kerana hanya ada satu tangga selain semua tingkap ditutup dengan papan lapis tebal dan ia menyukarkan kami memadamkan kebakaran.

“Kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah kedai lain di situ dalam masa 10 minit dan api dipadamkan sepenuhnya pada 4.20 petang,” katanya kepada pemberita di lokasi kebakaran, menurut laporan Bernama.

A’azelan berkata sebaik api berjaya dipadamkan, pihak bomba menemui mayat wanita di atas katil di dalam bilik pertama di tingkat atas berhampiran sebelah tangga dan mangsa dipercayai orang kurang upaya (OKU) kerana terdapat kerusi roda dan tongkat berhampiran katilnya.

Katanya, mangsa dipercayai maut disebabkan menghidu asap tebal dan kecederaan melecur pada bahagian muka serta kepalanya adalah kerana bahang daripada api yang marak.

“Bilik-bilik di tingkat atas dibuat menggunakan papan lapis menyebabkan api merebak dengan lebih cepat. Secara keseluruhan, tiga daripada empat bilik di tingkat atas musnah dalam kebakaran tersebut manakala bahagian bawah yang dijadikan ruang karaoke turut terbakar,” katanya.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Menurutnya, 50 pegawai dan anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat iaitu Jalan Perak, Lebuh Pantai dan Paya Terubung dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran tersebut. FMT

Wanita kurang upaya maut dalam kebakaran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker