Leka mencari kepah, 3 kanak-kanak termasuk 2 beradik dihanyut arus deras

Leka mencari kepah, 3 kanak-kanak termasuk 2 beradik dihanyut arus deras

Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dihanyutkan arus deras ketika mencari kepah dalam kejadian di Kampung Mangkuk, Setiu, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, adiknya, Muhammad Aryan Faheem, 7, serta Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11.

Pengerusi Bencana Daerah Rosli Latif, berkata sebelum kejadian, mangsa dari Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, dikatakan bersama ahli keluarga dan saudara-mara ke tempat berkenaan untuk berkelah jam 4.30 petang.

Sebaik tiba di lokasi, mangsa bersama tiga lagi saudaranya terus ke beting sungai kira-kira 50m dari tebing untuk mencari kepah.

“Kelekaan mangsa mencari kepah menyebabkan mangsa tidak menyedari air mulai pasang menyebabkan semua enam kanak-kanak terbabit tenggelam.

“Bagaimanapun tiga daripada mereka berjaya diselamatkan ahli keluarga yang menyedari kejadian itu, manakala tiga lagi hilang dibawa arus,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Rosli berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Setiu, Jertih dan Kuala Terengganu, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan nelayan serta penduduk kampung.

Operasi SAR turut disertai, Ketua Polis Daerah Afandi Husin dan Pengarah JBPM Terengganu Md Hilman Abd Rashid. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Leka mencari kepah, 3 kanak-kanak termasuk 2 beradik dihanyut arus deras


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker