Seorang lelaki maut bergelut minta sewa rumah



Sebaran :

KANGAR : Gara-gara pertengkaran dikatakan membabitkan wang sewa rumah, seorang lelaki maut dengan kesan luka di dahi akibat pergelutan menggunakan parang dengan seorang individu yang menghuni kediaman berkenaan di Jalan Batu Pahat, Kampung Guar Sabun di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Kamarul Izahar Mat Nanyan, 49, yang berasal dari Kampung Abi Batas Paip Abi itu telah datang ke rumah berkenaan untuk meminta wang sewa rumah.

Bagaimanapun, lelaki yang tinggal di rumah tersebut tidak melayan permintaan mangsa kerana wang sewa rumah itu sebenarnya telah dibayar kepada jiran mereka iaitu seorang wanita dikenali sebagai Nana.

Berang akibat tidak diberikan wang itu, mangsa kemudian mengamuk dengan menetak cermin kereta kepunyaan lelaki tersebut yang diletakkan di hadapan rumah.



Ekoran itu, isteri kepada lelaki yang menetap di rumah tersebut telah menghubungi Nana bagi meminta bantuan dan wanita tersebut bersama empat lelaki yang merupakan jiran di kawasan berkenaan datang bagi membantu meleraikan pergaduhan itu.

Pergelutan kemudian berlaku membabitkan dua individu tersebut sehingga membawa kepada kematian Kamarul Izahar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki telah meninggal dunia.

Ujarnya, pihaknya mendapati mangsa sudah terlentang di atas tanah di bahagian luar rumah berkenaan.



“Pemeriksaan daripada badan luaran mangsa terdapat luka kecil di atas dahi. Pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah bagi tujuan bedah siasat dan akan dilakukan selepas menerima keputusan ujian Covid-19,” katanya di sini hari  hari ini.

Tambah Wari, manakala lelaki yang diserang oleh mangsa itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan masih menerima rawatan HTF

“Empat orang lelaki yang berusia antara 39 hingga 55 tahun direman selama tujuh hari sehingga 15 Oktober bagi membantu siasatan.



“Kita masih menyiasat punca kejadian. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Seorang lelaki maut bergelut minta sewa rumah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




KKM dah sediakan SOP untuk PRN Melaka – Khairy


Sebaran :


Leave a Reply