Penjawat awam kena pukau rugi RM220,000

Penjawat awam kena pukau rugi RM220,000

PONTIAN – Angkara panik kerana tidak membayar cukai RM38,000, seorang penjawat awam wanita mengalami kerugian kira-kira RM220,000 ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kejadian berlaku sekitar awal April lalu apabila wanita berusia 36 tahun itu dihubungi seorang individu.

Menurutnya, individu terbabit mengaku kononnya seorang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Suspek memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan cukai RM38,000 sebelum panggilan disambungkan kepada pegawai polis dari IPK Kuantan untuk menyelesaikan masalah itu.

“Mangsa juga dimaklumkan bahawa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan skandal pengedaran dadah selain namanya telah disenarai hitamkan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, panik dengan dakwaan itu, mangsa diminta mengisi maklumat peribadi termasuk maklumat akaun bank untuk proses siasatan melalui capaian web atau link kononnya milik Bank Negara Malaysia.

Jelasnya, mangsa juga diarahkan supaya memindahkan sejumlah RM120,000 wang miliknya dari akaun simpanan Tabung Haji ke akaun bank milik mangsa.

“Suspek juga menakutkan mangsa dengan memberitahu waran tangkap sudah dikeluarkan dan perlu membayar wang jaminan RM100,000.

“Mangsa sekali lagi panik dan membuat pinjaman bank dengan jumlah itu sebelum diserahkan kepada sindiket berkenaan selain diarahkan untuk tidak membuka perbankan online kerana siasatan masih dijalankan,”katanya.

Beliau berkata, mangsa juga diminta menghubungi suspek tiga kali sehari iaitu 8 pagi, 12 tengah hari serta 6 petang dan keadaan ini berlaku berlarutan sebelum mangsa mengadu kepada suaminya.

Setelah mangsa dan suami membuat semakan akaun bank mendapati kesemua wang RM220,000 milik mangsa hilang disyaki dikebas sindiket berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat pada 4 Oktober lalu.

Menurutnya, usaha menjejak suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. K Online

Penjawat awam kena pukau rugi RM220,000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker