Khabib ‘tolak’ gadis gelanggang

Khabib ‘tolak’ gadis gelanggang

LONDON: Pendirian bekas juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov berhubung gadis ge­langgang tidak berganjak dan dia menegaskan ‘tiada alasan’ untuk memberi tempat kepada mereka.

Pada Ogos lalu, petinju berusia 33 tahun itu menyifatkan gadis di gelanggang UFC sebagai ‘orang paling tidak berguna dalam pertempuran’.



“Saya tidak pernah terfikir ‘Oh, mungkin orang sukakan begini’. Semua orang ada pendapat masing-masing berhubung perkara ini.

“Saya tahu, sejak kebelaka­ngan ini saya banyak bercakap tentang perkara yang menongkah arus tapi saya tidak peduli.

“Sebagai contoh, dua bulan lalu, ketika saya mempromosikan Kejohanan Tempur Eagle (EFC), mereka bertanya ‘kenapa tiada gadis di dalam gelanggang?’

“Saya cakap ini pandangan saya, tiada alasan untuk mereka (gadis gelanggang) ada. Saya lahir sebegini, saya dibesarkan sebegini dan saya mempunyai hak memberikan pandangan sebegini.



“Sebahagian orang tidak bersetuju dengan perkara ini, namun saya tidak kisah. Saya peduli apa kerana saya tahu saya berada di tempat yang benar,” katanya yang membuat lawatan ke rangkai­an televisyen, di England, semalam.

Pandangan Khabib mendapat pelbagai reaksi termasuk musuh tradisi Conor McGregor, dengan menyindirnya di Twitter bersama gadis gelanggang terkenal, Arianny Celeste. Utusan

Khabib ‘tolak’ gadis gelanggang


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker