Tindakan tegas terhadap penduduk Kedah rentas negeri ke Perlis
Tindakan tegas terhadap penduduk Kedah rentas negeri ke Perlis
Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penduduk di negeri ini yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa sehingga menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di Perlis ketika ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya memandang serius isu itu dan akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.
“Kita akan siasat dan semak individu yang dipercayai merentas negeri tanpa kebenaran dan didapati positif COVID-19 di Perlis.
“Jika ada penduduk negeri ini yang didapati rentas negeri ke Perlis tanpa kebenaran dan menyebabkan jangkitan virus itu di sana (Perlis), polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas, termasuk kompaun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kamarul Zaman berkata, pihaknya juga akan melakukan pemantauan dan rondaan di kawasan lorong tikus yang dikenal pasti digunakan penduduk Kedah untuk menyeberang masuk ke Perlis.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata kes jangkitan harian COVID-19 di Perlis didapati melonjak ke paras tertinggi akibat aktiviti rentas negeri secara haram.
Katanya, sebanyak 200 kes COVID-19 dilaporkan di Perlis semalam, dipercayai akibat aktiviti rentas negeri secara haram dilakukan penduduk tempatan dari Kedah. BH
Tindakan tegas terhadap penduduk Kedah rentas negeri ke Perlis
Baca Artikel Menarik :
- Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
- Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
- Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
- PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
- Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
- Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
- Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
- UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
- Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
- Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
- ‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.