Hakim Israel benarkan Yahudi sembahyang di pekarangan Masjid al-Aqsa

Hakim Israel benarkan Yahudi sembahyang di pekarangan Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Keputusan seorang hakim Israel untuk membenarkan orang Yahudi sembahyang secara ‘senyap’ di pekarangan Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan rakyat Palestin dan dunia Islam.

Kawasan terbabit dikenali sebagai ‘Temple Mount’ dalam kalangan orang Yahudi, merujuk kepada dua kuil yang didakwa pernah didirikan pada zaman kuno.



Masjid al-Aqsa yang menjadi titik tumpuan dalam konflik Israel-Palestin, terletak di Baitulmaqdis Timur yang dijajah Israel, namun ditadbir oleh Majlis Wakaf Islam (Wakaf).

Wakaf menyifatkan keputusan oleh Hakim Mahkamah Majistret Baitulmaqdis, Bilhha Yahalom, sebagai ‘provokasi’ yang tidak sah.

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh pula memberi amaran kepada Israel supaya tidak melakukan sebarang tindakan untuk menguatkuasakannya.

Keputusan mahkamah itu dibuat susulan petisyen difailkan seorang pendeta Israel, Aryeh Lippo, yang dilarang berada di kawasan terbabit selama dua minggu, 29 September lalu, selepas sembahyang di situ.



Walaupun keberatan, Wakaf membenarkan orang Yahudi mempunyai akses terhad di kawasan Masjid al-Aqsa pada waktu tertentu, yang sekian lama dibantah dunia Islam. BH

Hakim Israel benarkan Yahudi sembahyang di pekarangan Masjid al-Aqsa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker