Kegiatan pelacuran dua syif terbongkar

Kegiatan pelacuran dua syif terbongkar

Putrajaya : Kegiatan pelacuran yang dibahagikan dua syif dengan menjadikan apartment kos rendah sebagai lokasi kegiatan berkenaan terbongkar selepas serbuan dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia.

Hasilnya seramai 13 orang warga asing yang berumur di antara 20 hingga 40 tahun telah ditahan di kawasan Jalan Pudu, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi dijalankan ke atas dua buah premis kawasan apartment kos rendah yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, hasil risikan mendapati premis itu dikunjungi pelanggan yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing dengan menggunakan pakej perkhidmatan seks yang di tawarkan dengan harga RM60 bagi satu langganan.

“Unit Operasi dari Bahagian Operasi,Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia telah menyerbu kedua-dua premis ini secara serentak pada pukul 3.30 petang dengan kekuatan seramai 27 orang Pegawai Imigresen.

“Hasil serbuan ke atas dua buah ‘rumah merah’ yang menyajikan pelacur warga asing di kawasan Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada 06 Oktober 2021 seramai 13 orang warga asing,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Dzaimee, semasa serbuan, penjaga pintu terus ditahan untuk dibawa ke premis tersebut manakala cubaan meloloskan diri oleh wanita-wanita warga asing dan pelanggan berjaya digagalkan apabila kesemua jalan keluar dari premis tersebut telah dikepung oleh pegawai serbuan.

Tegasnya, modus operandi perkhidmatan itu adalah dengan berjumpa penjaga pintu dan dibawa ke premis bagi tujuan pemilihan pelayan pelanggan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan wanita warga Vietnam, empat wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Vietnam.

“Manakala, dua lelaki tempatan yang merupakan penjaga pintu dan enam lelaki warga tempatan iaitu pelanggan di premis tersebut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan,” jelasnya. K Online

Kegiatan pelacuran dua syif terbongkar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker