DAP Dalang Keruntuhan Kerajaan Melaka

Oleh Nurul Aisyah

PERGOLAKKAN politik negeri Melaka ketika ini menyukarkan semua pihak dan membahayakan nyawa rakyat Melaka. Jika dilihat pada hantaran para pemimpin DAP di media sosial, mereka seolah-olah menitik beratkan keselamatan rakyat dalam menghadapi pandemik Covid19.

Rupa-rupanya itu hanya sandiwara semata-mata.

Kenyataan Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh yang membuat pendedahan telah mengejutkan ramai pihak apabila beliau mengakui UMNO dan Barisan Nasional (BN) ‘meminta nyawa’ dengan DAP bagi menyelamatkan kerajaan negeri Melaka daripada runtuh, malam sebelum empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menarik sokongan.

Malah beliau ada mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan DAP Melaka bagi melakukan perundingan bertujuan menyelamatkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, selain menawarkan beberapa penyelesaian, namun ditolak DAP.

Semua pihak tahu bahawa kemelut politik Melaka yang dicetuskan itu boleh menyebabkan DUN Melaka dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri terpaksa diadakan. Rakyat perlu mengundi untuk memilih kerajaan negeri Melaka yang baru.

Negara masih dalam keadaan melawan pandemik Covid 19 walaupun kadar vaksinasi sudah hampir 90% dan dijangka meningkat kepada 93% menjelang Disember 2021.

Apabila DAP menolak permintaan UMNO untuk menyelamatkan rakyat Melaka dari konflik ini maka dengan sendirinya mendedahkan belang sebenar DAP. Parti keluarga Lim itu dilihat menjadi dalang dalam konflik politik yang berlaku dalam negeri Melaka. Sekaligus pendirian DAP dalam isu Covid19 terbongkar. DAP tidak pernah peduli pada untung nasib rakyat.

Bukti dapat dilihat ketika PH mentadbir Malaysia selama 22 bulan. Kebajikan rakyat bukan perkara utama PH. Rakyat diabaikan 100%.

Konflik Melaka bermula apabila bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron bersama tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman Md Ali.

Tiga ADUN terbabit adalah Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker