UMNO Melaka Alu-alukan Kerjasama PN, MN Hadapi PRN – Ab Rauf

UMNO Melaka Alu-alukan Kerjasama PN, MN Hadapi PRN – Ab Rauf

MASJID TANAH: UMNO negeri Melaka mengalu-alukan kerjasama Perikatan Nasional dan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bagaimanapun pandangan dan cadangan itu akan diperhalusi oleh peringkat tertinggi UMNO.

“Bagi saya kita mengalu-alukan sesiapa nak bekerjasama dengan kita termasuk Muafakat Nasional (MN).

“Tetapi keputusan parti akan memuktamadkan segala cadangan Perhubungan UMNO Negeri, sudah pasti faktor-faktor negeri harus diambil kira bagi memastikan kemenangan PRN akan datang,” katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Mengulas mengenai calon-calon UMNO dalam PRN, jelas Ab Rauf, ia akan dicadangkan peringkat Bahagian UMNO sebelum diperhalusi peringkat tertinggi negeri dan pusat.

“Kelazimannya calon-calon ini akan dicadangkan bahagian-bahagian untuk diletakkan calon DUN yang dipertandingkan.

“Tetapi kelaziman Ibu Pejabat UMNO akan buat saringan terhadap nama calon di hantar, kemudian diperhalusi dan dipertimbang menjadi calon.

“Kita akan bincang peringkat bahagian, nama calon dikemukakan bagi kita dapat menilai dan diberikan pertimbangan dalam semua sudut,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan pada Selasa memaklumkan parti itu belum memutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain termasuk gabungan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, ia bergantung kepada permohonan UMNO negeri sebelum diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.-Awani

UMNO Melaka Alu-alukan Kerjasama PN, MN Hadapi PRN – Ab Rauf


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi

Dua kemungkinan natijah krisis Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker