Siapa Rauf nak gugurkan keahlian parti saya – Idris

Siapa Rauf nak gugurkan keahlian parti saya – Idris

Bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron mendakwa beliau masih ahli Umno yang sah kerana belum menerima sebarang notis atau surat rasmi berhubung pengguguran keahliannya dari ibu pejabat parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu turut menyifatkan kenyataan Ketua Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukannya sebagai ahli Umno tidak relevan.

“Saya pernah menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno selama 10 tahun, setahu saya setiap pengguguran seseorang ahli perlu dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat MT.

“Siapa Rauf (Ab Rauf Yusoh)? Dia hanya Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dan bukan individu yang berkuasa menggugurkan keahlian parti kepada seseorang,” katanya dipetik Harian Metro dalam sidang media di Kota Laksamana, Melaka, hari ini.

Semalam, Ab Rauf dilaporkan berkata, keahlian Idris dan ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan dalam Umno gugur secara automatik selepas terbabit dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Melaka.

Ia berikutan kedua-duanya secara terbuka menyatakan tidak lagi bersama kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Idris dipetik Bernama mendakwa berlaku campur tangan individu tertentu sehingga menyebabkan Exco Melaka tidak dapat menjalankan peranan dan fungsi mereka kepada rakyat.

Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri itu berkata, semua perkara yang dirujuk kepada Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali untuk tindakan tidak dapat diputuskan beliau, sebaliknya perlu dirujuk kepada pihak berkenaan.

“Saya tidak ada masalah dengan Sulaiman…beliau seorang yang baik dan menghormati semua orang, tetapi saya mempunyai masalah dengan (kepimpinan) Ketua Menteri Melaka yang menjadi boneka kepada individu berkenaan.

“Saya ada masalah dengan (kepimpinan) Ketua Menteri yang terpaksa merujuk keputusan kepada seseorang yang lain. Kita ada 10 Exco kerajaan negeri dan kita mempunyai hak untuk membuat keputusan, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Idris berkata, situasi itu menjejaskan peranan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana banyak keputusan tidak dapat dilaksanakan, sekali gus memberi impak negatif kepada Melaka, terutama membabitkan pembangunan dan ekonomi negeri.

Mengenai ura-ura beliau akan dilantik semula sebagai Ketua Menteri Melaka di bawah kepimpinan Pakatan Harapan, katanya, hal itu bukan keutamaan mereka ketika ini, sebaliknya usaha membentuk kerajaan negeri baharu lebih penting.

“Semua ADUN dalam PH berpotensi menjadi Ketua Menteri Melaka dan setakat ini, saya tidak mencalonkan diri saya dan kami tidak bercerita tentang isu ini.”

Dalam perkembangan berkaitan, Idris mendakwa dua lagi ADUN daripada Umno akan mengumumkan mereka hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan kerajaan Melaka.

Rentetan pengumuman empat ADUN berkenaan, Sulaiman dilaporkan menghantar surat kepada Yang Dipertua Negeri, Mohd Ali Rustam semalam bagi memaklumkan kedudukan itu dan meminta perkenan untuk pembubaran DUN.

Speaker DUN Melaka, Ab Rauf hari ini berkata, selepas membuat pertimbangan, Ali bersetuju DUN Melaka dibubarkan pada 4 Okt bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Sebelum ini, kerajaan Melaka pimpinan BN diwakili 17 ADUN yang terdiri daripada 14 ADUN Umno, dua (Bersatu) dan satu Bebas, manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi, iaitu tujuh DAP, dua PKR dan dua Amanah. FMT

Siapa Rauf nak gugurkan keahlian parti saya – Idris


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker