PRN di Melaka boleh jejaskan usaha pemulihan Covid-19
“Malaysia sedang beransur pulih daripada krisis Covid-19 dan pilihan raya akan menjejaskan proses pemulihan tersebut.
“Kita tidak harus mengulangi kesilapan seperti pilihan raya negeri Sabah pada tahun lepas yang telah menyebabkan peningkatkan kes Covid-19 secara mendadak dan kerajaan hilang kawalan terhadap virus tersebut,” kata Penolong Setiausaha Penganjur DAP Khoo Poay Tiong dalam satu kenyataan hari ini.
Ini susulan keputusan Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Mohd Rustam yang membubarkan DUN atas nasihat Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.
“Umum diketahui bahawa kerajaan PN di Melaka menghadapi konflik dalaman sejak penubuhan kerajaan tersebut.
“Kini, konflik dalaman tersebut telah merebak dan empat orang Adun tersebut telah sekali lagi mencetuskan krisis politik di Melaka yang berkemungkinan merebak ke seluruh negara,” kata Khoo juga anggota parlimen Kota Melaka.
Kerajaan negeri pimpinan Sulaiman tumbang susulan langkah empat Adun yang diketuai oleh Idris Haron (BN-Sungai Udang) menarik balik sokongan mereka terhadap kepemimpinannya semalam.
Tiga yang lain itu adalah Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor); Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Khoo berkata bahawa CEC mengadakan mesyuarat semalam untuk membincangkan perkembangan politik di Melaka dan bahawa kepemimpinan Pakatan Harapan Melaka yang diterajui Adly Zahari, diundang untuk memberi penerangan kepada pucuk pimpinan parti.
“Sebuah kerajaan baharu sepatutnya ditubuhkan di Melaka berdasarkan perlembagaan negeri.
“Parti atau gabungan yang mempunyai majoriti wajar diberi peluang dan jemputan utama untuk menubuhkan kerajaan baru.
“Dalam mesyuarat CEC, pihak CEC telah menyatakan pilihan calon ketua menteri kepada Adly Zahari,” kata Khoo.
Katanya, memandangkan kerajaan negeri PN di Melaka telah tumbang, maka sewajarnya ketua menteri sekarang seharusnya segera mengundurkan diri kerana dia tidak lagi memiliki majoriti di DUN.
“Beliau tidak mempunyai kedudukan untuk menasihatkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
“Yang di-Pertua Negeri mesti diberi ruang untuk bertindak secara bebas dan objektif berlandaskan perlembangan negeri, tanpa sebarang pengaruh atau tekanan daripada mana-mana pihak,” kata Khoo.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menimbulkan cadangan mengenai kemungkinan perisytiharaan darurat di Melaka sebagi langkah untuk menangguhkan pilihan raya tersebut.
Zahid berkata Suruhanjaya Pilihan Raya harus berunding dengan Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan Kementerian Kesihatan untuk menangguhkan pilihan raya tersebut.
“Saya juga berpandangan jika masalah pndemiki ni, ikut pandangn MKN dan KKM amat bahaya diadakan PRN dalam tempoh 60 hari sebagaimana ditentukan dalam Akta Pilihan Raya, maka tentulah panduan sebagaimana yang berlaku di negeri Sarawak mungkin boleh diikuti,” katanya.
PRN di Melaka boleh jejaskan usaha pemulihan Covid-19
Baca Artikel Menarik :
- Anak tetak mati ibu bapa lepas sembang hal ketuhanan
- Saya sepatutnya jadi saksi pendakwaan terhadap Rizal
- Taikun hartanah saksi kes Guan Eng ditemui mati
- Mila Jirin Tidak Puas Hati KJ Belum Sedia Buka Majlis Sosial
- Dakwaan seksual babitkan Ebit Lew: Saksi, mangsa diminta tampil
- Skirt Intan Najuwa jadi bahan
- Boleh beri projek terus sebab ada yang amat sayang – Najib
- Fahmi Redza ‘ke dalam’ lagi
- Resepi sup Szechuan masam pedas gerenti best
- Pandora Papers: Zafrul rujuk peguam untuk tindakan lanjut terhadap Malaysiakini
- Parti liar atas kapal persiaran, anak Shah Rukh Khan ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU
Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi