Lebih RM72 juta kompaun ingkar SOP Covid-19 dikutip

Lebih RM72 juta kompaun ingkar SOP Covid-19 dikutip, kata Khairy

Sebanyak RM72.72 juta dikumpul melalui notis kompaun yang dikeluarkan kerana melanggar SOP Covid-19 setakat akhir Ogos lalu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau ketika menjawab pertanyaan Teh Kok Lim (PH-Taiping) di Dewan Rakyat berkata, ia datang daripada 181,704 kompaun yang dikeluarkan sejak pandemik bermula Mac 2020.

Dalam jawapan berasingan kepada Su Keong Siong (PH-Kampar), Khairy menghuraikannya dengan berkata, walaupun sebahagian besar notis kompaun itu dikeluarkan tahun ini, majoriti kutipan itu dibuat pada 2020.

Pada 2020, sebanyak 67,542 notis kompaun dikeluarkan, dengan 43,685 daripadanya dibayar yang berjumlah RM43.6 juta.

Sebanyak 114,162 notis kompaun dikeluarkan sepanjang tahun ini, tetapi hanya 26,627 daripadanya dibayar yang berjumlah RM29.1 juta. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Lebih RM72 juta kompaun ingkar SOP Covid-19 dikutip


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker